Beliau turut memuatnaik beberapa gambar dalam akaun twitternya malam ini.

“Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah, diampunkan dosa-dosanya yang lalu,” kongsi Najib yang memetik hadis Nabi Muhammad yang diriwayatkan oleh Imam Bukharidalam paparan terbaharu itu.

Terdahulu, kumpulan media yang berkumpul di Langgak Duta di sini, gempar seketika apabila sebuah Toyota Vellfire yang diiringi oleh kenderaan polis dilihat meninggalkan kediaman Najib pada pukul 8.20 malam. - UTUSAN ONLINE