Pengagihan bantuan itu  dilaksanakan melalui  Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sabak Bernam yang diwakili oleh Penolong Pengarah Pendidikan (Perhubungan dan Pendaftaran),  Mohamad Zaidi Selamat  dalam satu majlis yang diadakan di sini hari ini.

Menurut Mohamad Zaidi, bantuan bayaran yuran bulanan yang membabitkan nilai keseluruhan sebanyak RM142,336  itu bukan sahaja tanda keprihatinan kerajaan bukan sahaja kepada para ibu bapa yang berpendapatan rendah, tetapi ia turut mengiktiraf peranan tadika-tadika swasta dalam melengkapi  perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak.

"Tadika swasta menyediakan pendidikan alternatif bagi menampung pertambahan pelajar selain mendidik kanak-kanak bagi membentuk generasi masa depan yang berjaya," katanya.

Pada masa sama, Mohamad Zaidi turut meminta pihak pengendali tadika swasta supaya sentiasa mematuhi silibus serta garis panduan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran kanak-kanak  selain memastikan tenaga-tenaga pengajar mereka mempunyai pengetahuan serta pengalaman dalam bidang pendidikan awal golongan itu. - UTUSAN ONLINE.