Setiausaha Akhbarnya, Hafiz Abdul Halim berkata Presiden Bersatu itu juga semakin pulih.

"Syukur Alhamdulillah, kami ingin memaklumkan bahawa tahap kesihatan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin amat baik dan semakin pulih.

"Terima kasih atas doa yang tidak putus-putus diberikan kepada beliau," kata Hafiz.

Hafiz berkata demikian untuk menjawab pertanyaan daripada pelbagai pihak mengenai tahap kesihatan Muhyiddin.-UTUSAN ONLINE