Timbalan Pengarah, Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan, Kamariah Isa berkata, program tersebut bukan sahaja menjadi nilai tambah kepada aktiviti ko-kurikulum dalam kalangan pelajar, namun pada masa sama mampu menyemarakkan lagi budaya membaca kitab suci itu.

 Menurutnya, melalui program memberi peluang kepada murid-murid untuk mempelajari al-Quran dengan betul sebagaimana yang ditetapkan oleh agama Islam.

 "MTQ ini juga membolehkan para murid menggali dan memahami intipati yang terkandung dalam Al-Quran.

 "Secara tidak langsung, kita mampu melahirkan lebih ramai gengerasi muda yang celik Al-Quran," katanya.

 Beliau berkata selepas ditemui pemberita pada MTQ Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Peringkat Negeri Kelantan Kali Ke-3 Tahun 2016 di Sekolah Kebangsaan (SK) Kelobran di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.