Kontrak untuk membina loji berkenaan di Dabaa ditandatangani oleh Ketua syarikat nuklear Rusia Rosatom, Alexei Likhachev manakala Mesir diwakili oleh Menteri Tenaga Diperbaharui dan Elektrik, Mohamed Shaker.

Media Mesir melaporkan kos pembinaan loji itu sekitar AS$30 bilion (RM122 bilion).

Kedua-dua negara menandatangani dua perjanjian pada November 2015 bagi membolehkan Rusia membiayai dan membina loji kuasa itu dengan empat reaktor berkapasiti 1,200 megawat. - AFP