Turut ditemukan berhampiran mangsa P. Kumaraguru, 32, adalah motosikal miliknya yang rosak teruk dipercayai akibat terhumban ke dalam longkang sedalam tiga meter itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, mangsa dipercayai terbabas ketika melalui kawasan itu dan melanggar tebing sebelum terjunam ke dalam longkang.

Menurutnya, berdasarkan maklumat daripada ibu mangsa,  anaknya tidak pulang ke rumah sejak semalam dan dilihat kali terakhir ketika hujan lebat petang semalam.

"Pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah ke atas mangsa dan dipercayai mangsa mati di lokasi kejadian akibat cedera parah.

"Mayat mangsa yang bekerja sebagai buruh itu dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," ujarnya.-UTUSAN ONLINE