Berikutan itu, jumlah keseluruhan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara meningkat kepada 309 keluarga berbanding 120 keluarga yang didaftarkan sehingga petang tadi.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), mangsa banjir dari 26 buah kampung di Kota Belud yang kini berada Dewan Masyarakat Tun Said, Kota Belud bertambah kepada 289 orang manakala 20 orang ditempatkan di Dewan Mini Puspanita, Membakut.

“Pusat pemindahan di Membakut dibuka pada pukul 4.30 petang tadi dan pendaftaran mangsa masih dijalankan.

“Mangsa adalah dari tujuh buah kampung iaitu Baitam, Jambatan Baru, Papas, Kayai, Limadang, Brunei dan Lumantak,” kata APM dalam kenyataannya malam ini.

Sementara itu, di Tuaran pula, jumlah kawasan terjejas banjir tidak berubah sejak pagi ini dengan sebanyak sembilan buah kawasan iaitu Kampung Bunga, Suang Bangau Tenghilan, Pekan Tenghilan, Rongolis, Topokoon, Tinambak, Kosusu, Kionsom Topokon dan Pitas. – Utusan Online