Ketua Balai Bomba Bestari Jaya, Sahidallah Osman berkata, setakat ini, jumlah penduduk yang dipindahkan adalah sebanyak 65 orang terdiri daripada 22 keluarga.

Katanya, kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Pasangan, Kampung Kuantan di Bestari Jaya.

"Buat masa ini, tiada penambahan penduduk yang menjadi mangsa fenomena air pasang sehingga pukul 5 petang ini.

"Bagaimanapun, mereka masih lagi ditempatkan di pusat pemindahan kerana khuatir fenomena air pasang besar akan berlaku pada malam ini,"katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Khamis lalu, beberapa kawasan di Sabak Bernam dan Kuala Selangor dilanda banjir sedalam 0.5 meter berikutan fenomena air pasang besar.

Antara kawasan terlibat ialah Kampung Nelayan Bagan Nakhoda Omar dan Sungai Lang di Sabak Bernam serta Kampung Kuantan, Kampung Tanjong Buah dan Kampung Tanjung Siam di Kuala Selangor.-UTUSAN ONLINE