Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Malaysia negara mesra perniagaan - Jack Ma

Najib Tun Razak  bersalaman dengan Pengasas Ali Baba, Jack Ma
Najib Tun Razak bersalaman dengan Pengasas Ali Baba, Jack Ma selepas beliau merasmikan Digital Free Trade Zone, di Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN ONLINE/ AMIN FARIJ HASAN

KUALA LUMPUR 22 Mac - Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Alibaba Group Jack Ma menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang cekap dan sangat mesra perniagaan untuk menjalin kerjasama ekonomi digital.

"Ramai yang bertanyakan kepada saya mengapa saya pilih Malaysia untuk bekerjasama dalam zon perdagangan bebas digital (DFTZ).

"Saya bagi tahu mereka yang Malaysia sangat mesra perniagaan dan lebih cekap daripada yang saya sangkakan," katanya dalam ucapan pembukaan beliau sebelum melancarkan DFTZ bersama-sama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini, hari ini.

Ma berkata projek Koridor Raya Multimedia memberi inspirasi kepada beliau untuk meneruskan idea dunia digital dan mendorong Alibaba dan Malaysia untuk merealisasikan penubuhan e-hab berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

"DFTZ merupakan zon perdagangan bebas digital pertama di luar China, yang akan menggunakan teknologi baharu bagi memperkasakan perniagaan kecil dan usahawan muda.

"Akan ada hab logistik untuk menyediakan perkhidmatan kepada perniagaan e-dagang dengan satu pusat perkhidmatan sehenti.

"Ia boleh berkembang menjadi hab logistik serantau yang boleh menghantar pakej dalam tempoh 72 jam bagi tempoh 20 tahun akan datang," katanya.

Beliau yakin ekonomi digital akan membantu meningkatkan sumbangan keluaran dalam negara kasar (KDNK) daripada perniagaan kecil di Malaysia kepada sekurang-kurangnya 80 peratus.

Ketika ini, perniagaan kecil di Malaysia menyumbang kurang 40 peratus daripada KDNK negara dengan perusahaan kecil dan sederhana menyumbang kira-kira 97 peratus daripada jumlah perniagaan.

- BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain