Atas dasar itu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) merancang untuk memperhebatkan lagi usahanya dengan melakukan pelbagai aktiviti termasuk turun padang memberi penerangan kepada syarikat-syarikat besar untuk memberi sokongan. 

Pengerusi MAIWP, Datuk Seri Syed Hussien Al-Habshee yakin tindakan sedemikian menerangkan dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan memberi zakat. 

"Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu ketika ini, mungkin ada syarikat yang berkira-kira untuk menurunkan jumlah pemberian zakat, namun begitu Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan Baitulmal MAIWP akan turun padang memberi penerangan kepada mereka. 

"Saya sendiri juga telah merancang supaya MAIWP mengorak langkah menceburkan diri dalam aktiviti perniagaan yang kurang berisiko bagi menambahkan hasil Baitulmal menerusi keuntungan perniagaan," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan kepada golongan asnaf di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE