Sehubungan itu katanya, sebarang pertikaian terhadap PSC akan memberi kesan kepada ekonomi negara serta industri penerbangan negara.

"Saman caj perkhidmatan penumpang (PSC) terhadap AirAsia kini di peringkat mahkamah dan proses ini harus dibiarkan berjalan sehinggalah selesai,’’ kata syarikat pengendali lapangan terbang itu dalam satu kenyataan di sini hari ini. 
 
Katanya, adalah penting untuk mewujudkan kejelasan pelaksanaan PSC yang diwartakan, peranan dan tanggungjawab syarikat penerbangan dan lapangan terbang serta hak-hak pihak yang terlibat.

``Ini (PSC) adalah perkara yang perlu diputuskan oleh mahkamah supaya industri penerbangan dapat beroperasi dengan cekap dan berdaya saing serta mematuhi semua standard dan peraturan penerbangan antarabangsa,’’ katanya. - UTUSAN ONLINE