Bila disiarkan langsung maka komen pun dibuka kepada semua. Yang paling awal masuk memang sudah dijangka toyol pembangkang yang belum apa-apa lagi memulakan kecaman.

Toyol-toyol ini mudah dikesan kerana mereka berselindung di balik akaun yang palsu atau tanpa wajah dan nama sebenar.

Komen mereka semuanya bagaikan sudah dijangka dengan kaedah yang sama. Mengulangi tuduhan tidak berasas dan tidak berlandaskan fakta tetapi lebih menjurus kepada persepsi.

Bagaimanapun dominasi toyol ini tidak lama di karpet komen apabila mula dibanjiri penyokong UMNO.

Inilah yang dibanggakan apabila penyokong UMNO dengan berani tidak berselindung tampil membela parti dan pemimpin mereka di media sosial.

Ia sesuatu yang jarang berlaku dan ini jelas memberi isyarat penyokong senyap sudah bosan membaca komen-komen jelek.

Akhirnya seorang demi seorang mahkluk toyol siber keletihan bertempur dengan pejuang sejati UMNO.

Inilah hakikat yang perlu difahami oleh ahli politik bahawa mereka tidak boleh lari daripada media sosial, apatah lagi menutup diri.

Penjelasan dengan sejelas-jelasnya perlu dilakukan berterusan kepada netizen. Jika tidak mereka dengan mudah dipengaruhi dengan dakyah pembangkang.

Itu belum lagi dakyah subversif yang mahu menjahanamkan negara.

UMNO kini dalam mode menyerang. Serangan berpadu dan terarah. Bertempiaranlah macai, toyol dan pemakan dedak pembangkang. UMNO terus mara untuk rakyat Malaysia.