Bagaimanapun sekian lama meninggalkn dunia lakonan, Liza atau pun nama sebenarnya Haliza Hanim Abdul Halim, 37, mengakui memerlukan tunjuk ajar dalam menghayati watak yang diberikan.

“Rasanya tidak ada masalah, tetapi pengarah kena bantu saya lah sebab dah lama tinggalkan bidang ini.

“Selain itu juga kena tengok keadaan sebelum terima tawaran, bukan apa sebagai isteri dan ibu perlu saya tahu lokasi penggambaran kalau boleh tidak mahu keluar dari kawasan Lembah Klang,”katanya.

Sementara itu sempena tahun baharu 2018, Liza berharap agar impianya untuk mengadakan konsert akan terlaksana. Katanya lagi ini adalah impian yang tertangguh sebelum dia berkahwin lagi.

“Memang impian saya untuk mengadakan konsert. Sejak anak dara lagi, saya harap dapat terlaksana.

“Bagaimanapun kita tahu bukan mudah untuk mengadakan konsert, kena ada persiapan betul, cari penaja dan sebagainya,” tambahnya lagi.

Sementara itu Liza kini dalam persiapan untuk mengeluarkan lagu terbaharunya. Jelasnya lagu itu akan diperdengarkan buat kali pertama pada awal Februari nanti. - UTUSAN ONLINE