Menerusi laman Facebook miliknya, Yusry mengumumkan berita gembira berkenaan untuk dikongsikan kepada rakan-rakan di laman sosialnya itu.

"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana telah memiliki dua buah hati dan insya-Allah, tahun hadapan keluarga kita akan bertambah menjadi empat orang.

"Buat isteriku Lisa, saya tahu awak juga teruja sama seperti saya sepanjang melalui tempoh trimester (tiga atau empat bulan) usia kandungan," memetik status yang dimuatnaiknya.

Pada 22 September lalu, puteri sulung pasangan itu, Yahaira Leanne menyambut ulang tahun kelahirannya yang pertama.-UTUSANONLINE