Beberapa orang dilaporkan cedera manakala pihak polis dipercayai berjaya menahan suspek kejadian.

Jabatan Bomba bandar ini bergegas ke tempat kejadian di 42nd Street dan 8th Avenue manakala beberapa terminal laluan kereta api bawah tanah dikosongkan.

Jabatan Polis New York (NYPD) melalui Twitter miliknya memaklumkan, pihaknya telah bergegas ke tempat kejadian yang terletak berhampiran Times Square namun setakat ini maklumat lanjut belum diperoleh.- Reuters