Jurucakap bomba berkata, penduduk yang bimbang dengan tindakan lelaki berusia 47 tahun itu kemudian menghubungi bomba untuk meminta bantuan memujuk dan menangkapnya. 

Terdahulu, katanya, suspek yang berasal dari Kampung Bintawa Hilir di sini, menarik perhatian orang ramai apabila berkeliaran membawa senjata tajam di bawah Jambatan Tun Abang Sallehudin, Petra Jaya di sini, kira-kira pukul 5 petang semalam.

"Anggota polis dan bomba yang dipanggil ke lokasi kejadian walau bagaimanapun gagal memujuk suspek menyerah diri tetapi dia kemudian pulang sendiri ke kampungnya pada pukul 2 pagi ini.

"Kira-kira pukul 9 pagi ini, bomba sekali lagi menerima laporan mengenai lelaki terbabit dan kali ini, penduduk kampung memaklumkan suspek mengamuk mahu membakar rumah seorang penduduk di Kampung Bintawa Tengah," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, ketika ini, usaha memujuk lelaki berkenaan yang bersembunyi di atas loteng rumah terbabit sedang dijalankan.-UTUSAN ONLINE