Jurutera Jajahan Jabatan Kerja Raya (JKR) Gua Musang, Fadhlil Wafi Nordin berkata, kejadian banjir kilat itu dikesan pada pukul 6.30 petang tadi akibat limpahan air sungai Brooke di kawasan berhampiran.

Katanya, panjang kawasan terlibat ialah 500 meter dengan kedalaman air setinggi tiga meter.

"Ketika ini laluan di FT185, masih lagi belum surut menyebabkan puluhan kenderaan masih lagi terperangkap.

"Kami berharap pengguna jalan raya berhati-hati dan tidak membahayakan diri dengan melintasi limpahan air sungai itu," katanya.  - UTUSAN ONLINE