Biarpun banyak filem ditayangkan berjaya mencatat kutipan jualan tiket memberangsangkan, namun ia masih gagal menarik minat penonton luar terutama dari rantau ASEAN, katanya.

Beliau berkata ia satu kerugian jika dibandingkan dengan pelbagai filem dari negara serantau seperti Thailand dan Indonesia yang mendapat sambutan cukup baik di negara ini apabila ditayangkan.

"Filem kita juga sering gagal menempatkan diri dalam kelompok '10 Terbaik' senarai pecah panggung tahunan, berbeza dengan senario industri di dua negara jiran itu yang karya tempatan mendominasi carta.

"Daripada situ kami (FDAM) mengkaji filem-filem pecah panggung antarabangsa untuk mencari elemen box office yang tiada dalam karya tempatan seterusnya menghasilkan filem eksperimen berjudul Hijabista Ballet," katanya kepada Bernama.-BERNAMA