Ketika ditemui di sini, beliau berkata, pembinaan kunci air baharu itu dijangka akan dilakukan dalam tahun ini sekaligus membantu menyelesaikan masalah banjir kilat yang dihadapi oleh penduduk sekitar terutamanya ketika fenomena air pasang besar berlaku.

“Cadangan pembinaan kunci air yang lebih besar ini adalah bagi menggantikan kunci air sedia ada. Dengan adanya kunci air baharu, lebihan air dari kawasan sawah dapat dialirkan ke laut dengan lebih efektif,” katanya kepada pemberita semasa mengadakan lawatan tapak di Kampung Parit 5, hari ini.

Pada masa sama, Budiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang itu turut merangka cadangan bagi menaiktaraf tembok penahan ombak sepanjang 1.5 kilometer di kampung berkenaan bagi menghalang limpahan air laut memasuki kawasan penempatan penduduk. - UTUSAN ONLINE.