AZHAR ARIFIN
AZHAR

Konsert anjuran Z.A.P. Productions dengan kerjasama Kelab Sahabat YM Tengku Mohamed itu dijadualkan bermula pukul 2.30 petang.

Presiden Kelab Sahabat YM Tengku Mohamed, Azhar Arifin berkata, penganjuran konsert itu bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai pembaziran makanan yang sering berlaku dalam kehidupan harian.

“Antara artis dan kumpulan muzik yang akan membuat persembahan nanti ialah Hanan & Hani, Ghamuhyi, Bluestreats, No Noize, Muniros dan Suhu.

“Turut mengambil bahagian Siel, Tom Anuar, Datuk Naser Abu Kasim, Manbai, Yazit dan Norman Rahman,” katanya kepada Utusan Online di sini.

Beliau menambah, konsert tersebut dijadualkan dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub.

Sementara itu, menurutnya, sebelum konsert bermula iaitu pada pukul 1 petang, diadakan klinik dan sesi soal jawab yang membolehkan para peserta mendapat pengetahuan am mengenai muzik. - UTUSAN ONLINE