Kedua-dua baginda menaiki kenderaan beroda tiga Morgan yang tidak mempunyai bumbung basah ditimpa hujan ketika meneruskan perjalanan.

"Saya menasihati Tuanku Permaisuri untuk menaiki kereta dan tidak bersama saya menaiki Morgan kerana takut Baginda basah dan tidak selesa, serta mungkin boleh demam.

"Bagaimanapun Tuanku Permaisuri tetap mahu menaiki Morgan kerana Tuanku Permaisuri suka naik Morgan. Saya tanya kalau cuaca hujan ok ke..., Permaisuri kata tidak mengapa, boleh teruskan walaupun dalam keadaan hujan sebab rakyat juga sanggup menunggu dalam hujan," titah Sultan Ibrahim sebelum berangkat dari Kem Batalion 5 PGA Simpang Renggam.

Memetik catatan dalam Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, KMJ 2017  diteruskan sejauh 209 kilometer merentasi Kluang, Bandar Baru Ayer Hitam, Segamat dan Tangkak sebelum berakhir di Dataran SRCC Sungai Abong, Muar.

 

Bermula dari Kem Batalion 5 PGA Simpang Renggam Sultan Johor dan konvoi DiRaja akan bertemu dan beramah mesra dengan rakyat di tujuh lagi lokasi persinggahan dan majlis sepanjang perjalanan, seterusnya memberi peluang untuk mendampingi Sultan dan Permaisuri kesayangan mereka.-UTUSAN ONLINE