Pengarah acaranya, S. Genesan berkata, beliau yakin jumlah tersebut mampu dicapai melihat kepada unjuran jumlah peserta yang sentiasa meningkat setiap tahun.

“Penganjuran pertama kami berjaya menarik 1,000 peserta, dan jumlah ini terus meningkat apabila kami memperoleh 1,500 peserta pada penganjuran kedua dan 1,700 peserta pada penganjuran ketiga.

“Tambahan lagi, kali ini promosi besar-besaran akan dilakukan di semua platform media sosial yang pasti dapat menarik lebih banyak penyertaan,” katanya yang ditemui dalam Majlis Pelancaran dan Sidang Akhbar KL Possible Run 2018 yang berlangsung di Menara Manickavasagam di sini hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan. Turut hadir Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Majlis Sukan Negara, Ariffin Mohd. Ghani dan Ketua Penolong Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Fauzi Mohamed.

KL Possible Run 2018 akan diadakan pada 13 Mei 2018 di Padang Merbok, Kuala Lumpur. - UTUSAN ONLINE