Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi negeri, A. Latiff Awang berkata, mereka akan mengikuti saringan awal PSIT Kohort 3, yang bermula hari ini sehingga 2 Mac depan.

"Daripada jumlah itu, hanya seorang daripada mereka akan ditaja melanjutkan pengajian ke luar negara dari peringkat ijazah sarjana muda sehingga ke peringkat doktor falsafah (PhD).

"Di bawah program kali ini, pelajar tersebut akan mengikuti kursus perubatan, dan segala kos pengajian ditanggung oleh Yayasan Terengganu (YT) dengan peruntukan  RM1.2 juta,"ujarnya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan PSIT Kohort 3, di Universiti Malaysia
Terengganu (UMT) di sini, hari ini.

Turut hadir, Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Nor Aien Mokhtar; Pengarah YT, Mohamad Sulong dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT), Prof Madya Dr. Wan Nor Liza Mahadi. - UTUSAN ONLINE