Dalam suasana cuaca mendung dan hujan di sekitar negeri ini, tinjauan di hadapan Masjid Zahir mendapati bendera negeri diturunkan separuh tiang berikutan berita kemangkatan baginda di Istana Anak Bukit kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

Setakat ini belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh mana-mana pihak namun Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dilaporkan akan mengadakan satu sidang akhbar mengenainya di Wisma Darul Aman, petang ini. - UTUSAN ONLINE