Kejadian kira-kira pukul 5 petang itu berlaku ketika mangsa, Nurul Syazwani Nahrudin @ Shaharim, 28, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Alor Tok Terang di sini.

Difahamkan mangsa baru tamat kerja syif di sebuah hotel di sini.

Menurut jurucakap polis, kereta Proton Saga berwarna putih itu dikatakan terbabas sendiri ketika melalui jalan tersebut.

“Kereta itu lalu merempuh tembok sebuah titi mengakibatkan mangsa tersepit dalam kenderaan. Dia kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Dengan bantuan bomba, mayat mangsa telah dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk bedah siasat,” katanya.

Katanya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Ketua Polis daerah, Superintenden Wari Kiew ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. - UTUSAN ONLINE