Kejayaan itu membolehkannya memenangi hadiah berupa 100 hari bekalan ikan rakyat (ikan kembung, pelaling, selar, cencaru) berjumlah 70 kilogram (kg), sijil dan cenderahati.

Pertandingan anjuran Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) sempena Pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang (MAEPS) itu disertai 1,350 orang sejak hari pertama 1 Dis lepas dan berakhir hari ini.

Tempat kedua pula dimenangi kontraktor dari Kuantan, Pahang, Madzlan Omar, 37, dan ketiga oleh guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), Siti Sarah Shahadan, 31, dari Kapar, Selangor.

Madzlan memenangi 60 hari bekalan ikan rakyat berjumlah 40kg dan Siti Sarah pula 20kg selama 30 hari.

Kesemua mereka dibekalkan baucar yang boleh ditebus di mana-mana pejabat NEKMAT bagi tempoh sehingga Mei 2017.- BERNAMA