Para pengunjung berpusu-pusu dan sanggup bersesak-sesak untuk membeli pelbagai jenis produk terutamanya buah-buahan, sayur-sayuran, anak-anak pokok, produk-produk makanan kering dan basah sehinggalah haiwan ternakan dengan harga yang jauh lebih murah.

Keadaan ini dijangka berlarutan sehingga ke lewat malam bagi MAHA menutup tirai hari ini dan sehingga berjumpa lagi di tahun 2018. -UTUSAN ONLINE