Penganjuran acara itu adalah sempena Pesta Konvokesyen UMP Kali Ke-12 yang berlangsung bermula 17 November ini.

Penganjuran kali kedua dengan kerjasama Utusan Malaysia itu bermula pada pukul 7.30 pagi dan dibahagikan kepada enam kategori.

Jabatan Pengurusan Jenama Kumpulan Utusan dalam satu kenyataan memberitahu, kategori A adalah lelaki terbuka (18 tahun ke atas), kategori B wanita terbuka (18 tahun ke atas), kategori C lelaki veteran (40 tahun ke atas), kategori D wanita veteran (40 tahun ke atas), kategori E lelaki remaja (17 tahun ke bawah) dan kategori F wanita remaja (17 tahun ke bawah).

Katanya, yuran pendaftaran RM40 untuk setiap kategori dipertandingkan sekali gus melayakkan peserta merebut hadiah menarik yang ditawarkan.

"500 peserta yang mendaftar awal akan menerima kemeja T, medal dan sijil penghargaan.

"Cabutan bertuah menanti peserta bertuah dengan pelbagai hadiah berupa barangan elektrik dan barangan eksklusif daripada Kumpulan Utusan," katanya. -UTUSAN ONLINE