Kejadian tersebut mengakibatkan dahan dan pokok-pokok tumbang hingga menyebabkan beberapa jalan utama terjejas selain berlaku kesesakan lalu lintas.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Johor Bahru, Mohd. Aziz Jupri berkata, antara kawasan yang terlibat adalah Bandar Baru Uda, Kawasan Perindustrian Tebrau dan Sekolah Bandar Baru Uda.

"APM menerima panggilan orang awam pukul 9.41 malam dan 25 anggota dikejarkan ke tempat kejadian dibantu anggota bomba, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

"Sehingga pagi ini kerja-kerja pemotongan pokok yang tumbang masih dijalankan di beberapa kawasan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini sebentar tadi. 

Bagaimanapun sepanjang hujan lebat dan angin kencang itu tidak melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa. - UTUSAN ONLINE