Mengikut laman sesawang Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMs) sehingga pukul 10 pagi sebanyak 61 stesyen mencatatkan bacaan sederhana antara 51 hingga 100 dan tiga stesyen lagi mencatatkan bacaan baik.

Mulai semalam IPU yang diterbitkan oleh Jabatan Alam Sekitar melalui laman sesawang APIMS akan mengambil kira kepekatan partikel halus (Particle Matter) yang bersaiz 2.5 mikron dan ke bawah (PM2.5).

Penggunaan PM2.5 dalam pengiraan Indeks Pencemaran Udara (IPU) adalah sejajar dengan kebanyakan negara maju dan ini akan mempertingkatkan lagi usaha Kerajaan Malaysia menjurus ke arah kelestarian Alam Sekitar.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http:/apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.-UTUSAN ONLINE