Jaringan itu menyaksikan Harimau Selatan menewaskan Perak dengan agregat 4-1, selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada perlawanan pertama. 

Gol JDT dijaringkan Gabriel Cabrera pada minit ke-57 selepas menerima hantaran Gabriel Guerra sebelum Guerra menggandakan jaringan pada minit ke-74.

Cabrera sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-80 menjadikan keputusan perlawanan 3-0.

Perak sebelum itu dilihat berpeluang menyamakan kedudukan namun jaringan terhasil pada minit ke-61 dikira ofsaid. 

JDT bakal bertemu Kedah di perlawanan akhir bagi merebut Piala Malaysia 2017 pada 4 November ini. -UTUSAN ONLINE