Dalam satu kenyataan kepada US Weekly, Jackson dan suaminya, Wissam Al Mana teruja dengan kelahiran bayi yang diberi nama Eissa Al Mana.

Jackson dan bayinya itu juga dilaporkan berada dalam keadaan baik.

“Jackson melalui proses bersalin yang lancar tanpa sebarang tekanan dan kini ibu dan anak itu berada dalam keadaan sihat. Pasangan tersebut begitu teruja dengan kelahiran bayi lelaki mereka,” kata pegawainya. 

Pasangan itu berkahwin pada 2012 dan berita mengenai kehamilan penyanyi itu tersebar pada Mei tahun lalu. 
Pada Oktober lalu, penyanyi ini mendedahkan kehamilannya dalam gambar eksklusif bagi majalah People.

Sebelum itu, adik bongsu kepada bintang pop tersohor dunia, Michael Jackson telah menangguhkan konsert jelajah dunia ‘Unbreakable’ pada April lalu bagi memberi tumpuan pada keluarga. – UTUSAN ONLINE