Ketua Pengawai Eksekutif IWK, Faizal Othman berkata, pengiktirafan sijil ISO membuktikan syarikat itu mengguna pakai sistem pengurusan efisien yang memenuhi keperluan, kehendak dan kepuasan pelanggan.

“Selaku syarikat perkhidmatan pembetungan negara, IWK komited dalam mengaplikasikan QMS bagi mempertingkatkan daya saing dan kualiti perkhidmatan.

“Sehubungan itu, pihak pengurusan telah merangka hala tuju syarikat demi mencapai visi untuk menjadi syarikat air sisa terunggul dengan sokongan warga kerja yang inovatif, dinamik dan berdaya saing pada 2020,” katanya dalam Majlis Penganugerahan Sijil ISO 9001:2015 di sini hari ini.

Sijil tersebut telah diserahkan oleh Pengarah NQA Certification Services, Sukhbeer Singh kepada Faizal Othman dan disaksikan oleh Ketua Pegawai Operasi IWK, Mohamed Haniffa Abdul Hamid serta kira-kira 100 kakitangan IWK. - UTUSAN ONLINE