Adiwira yang lengkap mengenakan kostum sebenar watak animasi popular itu menunggu di pagar sekolah seawal pagi bagi menyambut kehadiran murid dan ternyata berjaya menambahkan keterujaan mereka memulakan sesi persekolahan tahun ini.

Sesi ramah mesra bersama Iron Man juga berjaya menceriakan rata-rata murid baharu sekolah itu sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula.

SK Sungai Gelugor menerima seramai 117 murid tahun satu yang merupakan sebahagian daripada seramai 20,594 murid tahun satu yang mendaftar di 271 sekolah negeri ini. -UTUSAN ONLINE