Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, perkara itu dilihat dapat menjaga batas hak kebebasan bersuara rakyat dalam memastikan keharmonian negara tidak tergugat.  

"Berkenaan tindakan undang-undang ini, ia masih boleh dibincang dan difikirkan mengikut kesesuaian latar masyarakat dan negara kita bergerak pada hari ini.

"Perkara ini perlu dibincangkan di peringkat kepimpinan negara tertinggi, namun, saya rasa asasnya perlulah jelas bahawa kita ingin kebebasan tidak menceroboh sempadan yang boleh menyebabkan keharmonian negara kita tergugat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Kenegaraan dan Bintang Patriotik Mega, di sini sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan seorang lelaki yang memuat naik status menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aishah dalam akaun Facebook miliknya baru-baru ini.

Pada 19 Februari lalu, lelaki berusia 68 tahun telah ditahan di rumahnya di Mentakab, Temerloh, Pahang bagi membantu siasatan susulan kes tersebut dan dibebaskan semalam dengan jaminan polis. - UTUSAN ONLINE