Itulah yang menimpa keluarga Aminah Omar, 62, dan suami, Mohd. Ali Maidin, 72, yang mempunyai empat orang cahayamata. Anak bongsu pasangan warga emas ini, Rodiah Bibi,31, terpaksa diuruskan dari hujung rambut hingga hujung kaki selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya kira-kira sembilan tahun lalu. Tragedi itu memaksanya menghabiskan sisa-sisa hidup di atas katil sahaja.

Keluarga yang menetap di Felda Kota Gelanggi 2, Pahang dan bergantung sepenuhnya pada hasil tuaian kelapa sawit semakin terhimpit apabila harga kelapa sawit jatuh merudum. Mohd. Ali memberitahu, kehidupan keluarganya amat susah sejak harga sawit jatuh sehinggakan tidak mampu membiayai kos perubatan anak tersayang.

Katanya, kejatuhan harga sawit menyebabkan pendapatan bulanan mereka di bawah RM500 sebulan, sekali gus membuatkan tidak cukup untuk berbelanja bagi keperluan harian, apatah lagi untuk membiayai kos perubatan anak.

“Dalam keadaan usia sudah tua, saya memaksa kudrat ini membuat pelbagai kerja sampingan iaitu menjual tin minuman, membantu kedai koperasi Felda dan sebarang tugas yang ringan semata-mata untuk memperoleh wang,” katanya.

Laporan penuh sila dapatkan S2 dalam Utusan Malaysia esok 13 April. - UTUSAN ONLINE