Ahmad Rudin Hussain
Ahmad Rudin Hussain

Pengerusi Nekmat, Ahmad Rudin Hussain dalam satu kenyataan berkata, pengguna boleh beralih kepada  alternatif ikan jenis lain yang harganya lebih stabil seperti siakap, cencaru, sardin dan lain-lain. 

"Bagi pengguna di luar sana Nekmat menyediakan  alternatif ikan segar sejuk beku Q Fish sebagai pilihan sumber protein yang boleh didapati dengan harga lebih berpatutan dan kualiti setanding dengan ikan segar.

"Pelbagai jenis ikan boleh didapati antaranya ialah kembung, pelaling, selar, sardin (selayang), tongkol, cencaru dan keli," kata Ahmad Rudin.

Ahmad Rudin mengulas  rungutan daripada penggemar ikan kembung mengenai kenaikan harga ikan kegemaran rakyat Malaysia yang tinggi akhir-akhir ini. 

Menurut beliau  adalah tidak munasabah ketika fenomena kekurangan tangkapan harga ikan kembung kekal sepeti biasa seperti ketika bekalan banyak.

"Walhal kos penangkapan yang lebih diperlukan termasuk minyak (enjin),   setimpal dengan  kos penangkapan mereka yang tinggi, jerih payah ke laut yang lebih jauh, memerah keringat yang belum tentu ada hasilnya, serta nyawa  menjadi taruhan di lautan. 

"Ikan kembung juga adalah satu spesis yang semata-mata bergantung kepada tangkapan dan bekalan ikan. Ia tidak boleh diternak seperti ikan kerapu dan lain-lain bagi memastikan harganya stabil," kata Ahmad Rudin.

Sebarang pertanyaan mengenai ikan segar sejuk beku Q Fish boleh hubungi Nekmat di talian 03-61361808.-UTUSAN ONLINE