Hasnah Din, 56, seorang guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan Tembangau, Bera disapa Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Hasnah cekal hadir ke Program Guru Pembina Negara Bangsa Peringkat Negeri Pahang 2017 di Dewan Tun Abd Razak, Temerloh meskipun dalam keadaan berkerusi roda.

Kecekalan dan ketabahannya melawan kanser menyebabkan beliau mendapat perhatian Mahdzir Khalid yang terharu mendengar kisahnya.

Hasnah telah berkhidmat sebagai seorang guru selama 26 tahun, rakan-rakannya dan pengunjung program itu mendoakan semoga penyakitnya segera sembuh. - UTUSAN ONLINE