Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Ezlynn nafi rumah tangga goyah

KUALA LUMPUR 17 Jan.- Penyanyi Ezlynn yang terkenal menerusi lagu berjudul Hi Hi Bye Bye, menolak dakwaan rumah tangganya kini goyah.

ezlyn
Ezlyn

Jelasnya, hubungan dengan suaminya yang juga pengurus, Adam Fahmi,38, masih baik dan tidak seperti yang didakwa.

Bagaimanapun Ezlynn memberitahu, ketika ini memang dia dan Adam sedang berjauhan memandangkan suaminya itu kini berada di Australia.

“Adam memang sudah berada di Australia hampir sebulan lebih kerana ada keluarga di sana. Jadi saya tidak ikut, mungkin orang nampak kami berjauhan padahal kami baik-baik sahaja.

“Pernah juga orang tanya perkara yang sama, dan saya jelaskan hubungan saya dan suami masih baik,”katanya ketika di tanya Utusan Online.

Sementara itu hampir lima tahun mendirikan rumah tangga, menurut Ezlynn atau nama sebenarnya  Azline Ariffin, 34, dia dan suami tidak pernah tertekan walaupun masih belum dikurniakan zuriat.

“Memang saya tidak pernah tertekan dalam soal itu, malah suami juga,”katanya ringkas.

Dalam masa yang sama Ezlynn memberitahu bakal muncul dengan single terbaharu tidak lama lagi. Namun buat masa ini dia enggan mendedahkan dahulu secara terperinci mengenainya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain