Mereka merupakan atlet yang telah mengharumkan nama negara di Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil 2016.

Atlet tersebut ialah Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi yang merangkul pingat emas dalam acara 100m T36 (Cerebral Palsy), Muhammad Ziyad Zolkefli (lontar peluru F20 (masalah pembelajaran)), Abdul Latif Romly (lompat jauh T20 (masalah pembelajaran)) dan Siti Noor Radiah Ismail yang memenangi gangsa dalam acara lompat jauh T20 (masalah pem­belajaran).

Ketibaan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini disambut Ketua Bahagian Komunikasi Kumpulan DRB-Hicom, Mahmood Abdul Razak. 

Kesemua mereka menunaikan umrah bersama keluarga masing-masing bermula 26 Disember tahun lalu. - UTUSAN ONLINE