Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohd. Sani Harul berkata, mangsa, Muhammad Amirul Mukminin Abu Hanifah, 11, ditemukan orang awam terdampar di pesisir pantai sejam kemudian manakala adiknya, Muhammad Hafizul Iman,10, ditemukan oleh pasukan penyelamat pada pukul 8.20 malam.

"Pasukan penyelamat menerima panggilan kira-kira pukul 7 malam dan lapan anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Gebeng bergegas ke lokasi kejadian.

"Mayat adik mangsa ditemukan kira-kira 100 meteri dari lokasi abangnya. Difahamkan dua lagi rakan mereka, Ahmad Adam Naufal Ahmad Yamizi, 11, dan mohamad Lokman Hakim Suhamizan, 11, berjaya diselamatkan oleh orang awam," katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Mayat kedua beradik dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga untuk urusan pengebumian. - UTUSAN ONLINE