Namun tragedi yang menimpa Muhammad Adib yang parah setelah menjadi mangsa rusuhan di Kuil Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya Selasa lalu membuatkan hari berbahagia pasangan itu tertunda.

Biarpun begitu, Nurul Najihah tetap setia menunggu Muhammad Adib yang kini dirawat di Institut Jantung Negara untuk sedar dan sembuh untuk disatukan.

"Disember. Menghitung hari untuk kita, kamu. Hari yang kita berdua tunggu. Semoga kamu kuat. Orang tunggu kamu Muhammad Adib," catat Nurul Najihah di Facebooknya hari ini.

Muhammad Adib dan Nurul Najihan merancang perkahwinan hujung bulan ini.

Foto yang dikongsi Nurul Najihah di Facebook beliau hari ini.
Foto yang dikongsi Nurul Najihah di Facebook beliau hari ini. 

Awal pagi Selasa lalu, Muhammad Adib yang berkhidmat sebagai anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya cedera parah, manakala jentera dinaiki turut mengalami kerosakan akibat diserang kumpulan perusuh yang berhimpun di sekitar Kuil Sri Maha Mariamman.

Anggota bomba itu pada mulanya dimasukkan di Subang Jaya Medical Centre kemudiannya dikejarkan ke IJN. Jumaat lalu Muhammad telah menunjukkan perkembangan positif. Numum Muhammad Adib masih menggunakan mesin yang dipanggil Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO) yang membantu fungsi paru-paru.

Tekanan darah yang rendah menunjukkan buah pinggang anggota bomba itu rosak dan memerlukan Muhammad Adib menjalani rawatan dialisis.-UTUSAN ONLINE