Gambar yang dikongsi Safiey pada tahun 2009 merupakan gambar beliau ketika zaman persekolahanya.

Foto tersebut memaparkan beliau ketika itu berambut pendek dan memakai baju seragam sekolah pelajar lelaki sambil memegang sehelai sijil penghargaan.

"Ramai sangat yang minta. Dilaksanakan! Saya bangga menjadi diri sendiri. Tiada apa nak disembunyikan," kata Safiey pada hantaran yang dikongsi di Instagram beliau hari ini.

'Cabaran 10 tahun' merupakan cabaran yang dilakukan oleh warganet dengan memaparkan gambar mereka 10 tahun lalu dan terkini di media sosial.

MOHAMED AZMIN ALI
MOHAMED AZMIN ALI 

Turut menyertai cabaran itu adalah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang berkongsi gambar beliau di Facebook. Azmin pada tahun 2009 kelihatan sedikit berisi berbanding sekarang.

"Gambar 2009 tu ada iras-iras Azwan Ali sikit la YB," usik Shah Izwan.

"Terjebak juga YB. Kita pun nak ikut la," kata Latha Puspa.

"Hensem bang Min jauh la berbanding adik dia," tulis Tok Man Jeans.-UTUSAN ONLINE