Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, penyebaran fitnah tersebut dilakukan pihak tidak bertanggungjawab bagi menjatuhkan imej institusi pendidikan dan memburuk-buruk Kementerian Pendidikan.

“Kementerian mempunyai struktur yang merangkumi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), guru besar dan guru yang menyelia makanan kepada pelajar jadi jika ada aduan laporkan mengikut saluran yang betul.

“Saya harap pihak sekolah dan PIBG akan mengambil tindakan undang-undang berhubung fitnah tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Muafakat Peladang peringkat daerah di Dataran Kuala  Nerang di sini hari ini.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pedu, Kama Noriah Ibrahim dan Pengerusi Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang negeri, Datuk Abd. Lateh Mohd. Saman.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan 26 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tinggi, Selangor tidak menerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan kononnya sekolah berkenaan memohon sumbangan awam membaiki kemudahan sebagai fitnah.-UTUSAN ONLINE