Dalam satu kenyataan di Facebook, Fathul Bari berkata, ayahnya tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan yang berlaku selepas solat Isyak di Masjid Arau, Perlis.

Kenyataan itu dibuat bagi menafikan penyebaran berita palsu tentang kematian bekas mufti Perlis itu di media sosial.

"Ayahanda saya Mat Jahya bin Husin telah mengalami kemalangan selepas isya tadi di Masjid Arau, Perlis. Alhamdulillah, dengan izin ALLAH beliau selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Tujuan pemakluman ini adalah untuk menafikan penyebaran berita palsu tentang kematian beliau. Ya, benar Allah berhak ke atas nyawa hamba-hambaNya pada bila-bila masa, namun ia tidak bererti kita boleh menyebarkan pendustaan," kata Fatul Bari.-UTUSAN ONLINE