Hakim Mohd. Nasir Nordin membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan terhadap Yusof Holmes, 73.

Walau bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sehingga selesai rayuan.

Yusof Holmes yang memiliki status penduduk tetap Malaysia didakwa menipu pengarah itu dengan memperdaya KLRCA untuk mempercayai bahawa 'Statement of Independence' bertarikh 18 Januari  2010 yang ditandatanganinya adalah benar. 

Perbuatan itu mendorong pengarah KLRCA melantiknya sebagai penimbang tara dalam pertikaian antara JMR Construction dengan Nanjing Changjiang Waterway Engineering Bureau, sedangkan mereka tidak akan berbuat demikian sekiranya mengetahui perakuan itu tidak benar. 

Yusof Holmes didakwa melakukan kesalahan itu di KLRCA di sini pada 25 Januari 2010 dan didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya. - UTUSAN ONLINE