Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Seri Abdul Manan Ismail berkata, inisiatif itu sebagai bantuan makanan tambahan untuk dimasak selain yang disediakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada mangsa banjir yang terpaksa berpindah di pusat penempatan sementara selepas rumah mereka dinaiki air.

Beliau berkata, pihaknya berpuas hati dengan aspek kebajikan dan pengurusan di pusat-pusat pemindahan sementara termasuk dari segi penyediaaan makanan.

“Saya berharap mangsa-mangsa banjir bersabar dengan ujian yang menimpa.

“Semua pihak berusaha melakukan yang terbaik agar kebajikan mereka sepanjang tinggal di pusat pemindahan sementara dijaga,” katanya selepas melawat mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara Kompleks Tertutup Sukan Pahang (Sukpa) di sini malam ini.

Yang turur hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching, Datuk Mohd. Zaili Besar.

Sementara itu, Abdul Manan yang juga Ketua UMNO Bahagian Paya Besar berkata, pihaknya menjalankan pelbagai program seperti gotong-royong memasak untuk mangsa banjir di pusat pemindahan sementara Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan di sini.

Program itu, kata beliau, adalah sebahagian kebajikan dijalankan pihaknya untuk meringankan beban lebih 400 mangsa banjir di situ.

“Kepemimpinan UMNO Bahagian Paya Besar bersama-sama menyediakan juadah untuk mangsa banjir dan ini sekurang-kurangnya dapat menggembirakan mereka selepas ditimpa musibah banjir,” katanya. - UTUSAN ONLINE