Keputusan itu diambil selepas hanya terdapat 38 jemaah termasuk mereka yang bukan bermastautin di situ hadir untuk menunaikan solat Jumaat.

Imam 2 Masjid Jamek Mukim Temai, Abdul Hamid Majid berkata, ramai ahli kariah di situ tidak dapat datang ke masjid berkenaan kerana laluan terputus akibat banjir.

“Jawatankuasa masjid memutuskan untuk menggantikannya dengan solat Zohor,” katanya di sini hari ini.

Solat Jumaat wajib didirikan dengan sekurang-kurangnya 40 orang lelaki mukalaf yang bermastautin di kawasan berkenaan. - UTUSAN ONLINE