Jumlah itu diumumkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan hari ini yang mana Pahang mencatatkan bilangan paling tinggi sekolah ditutup iaitu sebanyak 21 buah diikuti Sabah (14 buah), Terengganu (5 buah) dan Johor sebanyak dua buah sekolah.

Bagaimanapun, di Kelantan hanya satu sekolah sahaja ditutup akibat bencana itu.

“Keputusan penutupan sekolah ini dibuat menerusi hasil perbincangan pihak Kementerian Pendidikan dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memastikan keselamatan para murid, guru dan kakitangan sekolah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan anjuran MIC di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Simpang Lima di sini hari ini.

Pada masa sama, Kamalanathan turut memaklumkan kepada para ibu bapa supaya mendapatkan maklumat terkini daripada pihak pengurusan sekolah berhubung penutupan sekolah di kawasan mereka. - UTUSAN ONLINE.