Pengarah urusan syarikat itu, Sumardi Muhammad berkata, penyanyi berbakat di pentas 'underground'  menghadapi kesukaran mendapatkan penerbit dan ruang promosi yang sepatutnya. 

Menurutnya, lebih 20 tahun anak-anak muda Kelantan yang mampu mempertaruhkan suara mereka tidak terserlah di persada seni tanah air kecuali dalam ruang lingkup studio ‘jamming’ sahaja. 

"Ketandusan penyanyi baharu terhenti dalam tempoh yang panjang selepas popularnya Roy Kapilla dan Misha Omar," katanya ketika ditemui pada Majlis Pra Dengar enam penyanyi baru Kelantan di bawah naungan syarikat berkenaan di Sierra House & Cafe di Tok Bali, dekat sini, malam tadi. 

Kesemua penyanyi memperdengarkan lagu nyanyian masing-masing secara live dalam program tertutup itu disaksikan rakan media cetak dan eletronik serta penaja pembikinan klip video.

Sumardi berkata, syarikat tidak menjanjikan mereka popular namun berusaha menyediakan ruang dan laluan yang lebih profesional selain membuka ruang rezeki menerusi industri muzik. 

"Kita akan menyiapkan video klip bersama penaja dan merancang usaha sama dengan penganjur untuk menjayakan roadshow enam penyanyi baru ini ke seluruh negara," katanya di sini hari ini.

Antara penyanyi terbabit ialah Dino Amir; Bob Hazzley; Enna Angelienna; Maliki dan Jamagic. 

Antara lagu yang menjadi taruhan syarikat itu ialah ‘Cukuplah’ persembahan kumpulan  Cleopatra, Rambong Largho  gandingan Roy kapilla dan Dino Amir.

 Bob Hazzley dengan lagunya Sekali Ini,  Epilog Rindu (Enna Angelienna); Rajuk Bidadari (Maliki) dan Melodi Cinta nyanyian Jamagic. - UTUSAN ONLINE